......D. U. A.....
Sudah seminggu Cepet
menghilang entah ke mana. Teruk juga Hazman dimarahi dengan ayah malam tu gara-gara
Harnina. Persoalannya, puas ke hatinya bila tengok Hazman kena marah?. Timbul
pula rasa kasihan pada abangnya itu. Hal kecik sahaja dia dah buat hal. Padahal
selama ini emaklah yang beri Cepet makan dan sebagainya, bukannya dia. Hehehe..
Hasilnya, sejak malam tu hinggalah hari ni Hazman dan dia
tidak bertegur sapa. Akhirnya dia juga yang risau dan dia juga yang rugi. Di
sekolah pun sama, dah tak ada siapa yang nak melindungi dirinya lagi bila
diejek, di sakat oleh pelajar-pelajar lain.
“Abang Mannnn!!!.....”. Harnina menjerit nama Hazman sekuat
hati bila Nasir dan kawan-kawannya menghadang perjalanannya dan Humaira. Hazman
yang lalu di situ buat tidak tahu sahaja. Apa punya abang lah!, gerutunya dalam
hati. Selalunya dia akan segera datang bila diperlukan. Hendak tak hendak,
Harnina terpaksa hadapi sendiri untuk melepaskan diri daripada Nasir dan
kawan-kawannya.
“Kau gaduh dengan abang kau ke Na?”, soal Mai bila sahaja
mereka melabuhkan punggung di atas kerusi.
“Ha’ah. Dah seminggu”. Geramnya dia dengan si Nasir tak
habis lagi. Rasa marah pun ada dengan abangnya. Sesekali dia terfikir juga mahu
mengadu dengan ayah bila balik nanti. Biar abangnya kena marah lagi. Tapi…. Bila
difikirkannya semula, semakin parahlah keadaannya nanti.
“Kenapa?”, soal Mai lagi sambil mengeluarkan buku dari
dalam beg.
“Pasal Cepet”, balas Harnina selamba.
“Cepet??”. Terburai tawa Wan Humaira mendengar jawapan
itu.
‘Aku seligi juga si Mai ni
karang. Dia boleh ketawa pulak bila aku kata aku gaduh dengan Abang Man
semata-mata kerana Cepet’, desis hati kecilnya. Namun dibiarkannya sahaja apa
jua tanggapan Humaira terhadapnya.
“Pasal dia lah Cepet aku hilang kau tau tak?”. Bunyi
bising pelajar-pelajar dalam kelas tingkatan 2 Arif langsung tidak dipedulikan
oleh mereka berdua. Masing-masing dengan karenah sendiri. Waktu pertukaran
kelas sebeginilah biasanya peluang untuk mereka semua melepaskan keluh kesah.
“Cepet kau tu aku rasa tak hilanglah Nina”, ujar Humaira
selamba. Dia dengan senang hati mengeluarkan cermin kecil dari dalam beg
galasnya sambil membetulkan tudungnya. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan cermin
itu di halakannya.
“Ehhh…suka hati kau aje Mai. Kau jumpa ke Cepet aku?”.
Sedih sangat rasanya bila kehilangan Cepet. Rasa hendak menangis hingga ke hari
ini.
“Aku nampak Cepet merayau-rayau dekat rumah Makcik Yah
Popia minggu lepas”. Kucing putih kuning berbulu kembang itu siapa yang tidak terpikat
kalau bertemu. Yang tak minat kucing pun boleh jadi minat. Entah kucing jantan
berdarah parsi manalah yang datang mengawan dengan ibu si Cepet ini pun dia
sendiri tidak tahu.
“Rumah Mak Cik Yah?”. Dia agak terkejut mendengar
pengakuan dari Wan Humaira. Rumah banglo besar di kawasan itu kini menjadi
perhatiannya. Bukankah rumah itu rumah Adli?. Matanya sudah terkebil-kebil
memikirkan hal itu. Siapa yang tidak kenal dengan Mak Cik Yah popia di
kampungnya.
“Bangunnn…”, Badri selaku ketua kelas memberikan arahan. Serta
merta kelas menjadi senyap bila cikgu Kamalia selaku guru yang mengajar
matapelajaran sejarah sudah masuk. Hanya bunyi kerusi yang berdetap detup di
sana sini ditolak pelajar untuk bangun seperti arahan ketua kelas sahaja yang
kedengaran.
...........................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan