…..S.
E. M. B. I. L. A. N…..
“Oit Nina…kita dah sampai ni.” Suara Humaira memecah
keheningan. Bangunan sepuluh tingkat di hadapannya tersergam indah. Harnina
kembali ke alam nyata setelah disergah sebegitu. Terkebil-kebil matanya
memerhati sekeliling. Ruang parking yang agak luas agak separuh penuh. Beg
berisi hadiah digenggam kemas. Dalam hatinya berbunga riang.
“Mai, kau tunggu kat sini ya.”
“Iya. Kau tu kalau dah jumpa jangan pulak lupa kat aku
ni. Apa-apa hal cepat beritahu. Kalau tidak kering la jawabnya aku kat dalam
kereta ni.” Meledak tawa mereka berdua bila sahaja Humaira menamatkan hujahnya.
Harnina mencubit lengan Humaira.
“Aduh…. Kau ni.. Apa tak betul ke aku cakap tadi.” Dia
sudah mengaduh kesakitan bila dicubit.
“Yalah..Yalah. Kau tunggu sekejap tau.”
Pintu kereta sudah dibuka lantas Harnina menuju ke muka
pintu. Dia mula mengeluarkan telefon bimbitnya. Beberapa orang keluar masuk di
pintu utama langsung tidak dihiraukannya. Harnina berdiri di sebelah lif utama.
Di situ ada satu pintu untuk menuju ke tangga. Jari jemarinya pantas mendail
Adli. Sekali, dua kali dan sudah masuk tiga kali dia mendail. Namun tiada
jawapan.
Hatinya jadi tidak keruan. Kemudian dia menaip pesanan pula bertanyakan di manakah Adli berada. Tidak sampai beberapa minit telefon bimbitnya berbunyi. Cepat-cepat dia melihat pesanan ringkas yang diterima.
Hatinya jadi tidak keruan. Kemudian dia menaip pesanan pula bertanyakan di manakah Adli berada. Tidak sampai beberapa minit telefon bimbitnya berbunyi. Cepat-cepat dia melihat pesanan ringkas yang diterima.
‘Mesyuarat’.
Satu keluhan kecil diluahkan,
dia kecewa. Dia berpaling dan mahu keluar dari bangunan itu. Tiba-tiba matanya dapat
menangkap kelibat seseorang yang amat dikenalinya di situ. Sedang berjalan
sambil berpimpin tangan dan kelihatan mereka amat mesra sekali.
Bibir Harnina bergetar menyebut nama Adli. Serta merta
juring matanya mulai berair. Beg berisi hadiah di tangan hampir terlepas.
Pasangan tersebut menghampiri lif tempat Harnina berada. Nampak begitu mesra
sekali. Harnina mengambil telefon bimbitnya sekali lagi. Dia mendail nombor
Adli lagi. Serta merta bunyi telefon dari kocek lelaki yang berada di hadapan
lif itu berbunyi. Sesaat dia nampak Adli mematikan talian. Harnina menelefon
lagi. Masuk kali ke tiga Adli menjawab. Kelihatan Adli beredar jauh sedikit
dari gadis di sisinya tadi.
“Nina, kan saya dah beritahu saya tengah mesyuarat.”
Suara lelaki itu seakan tertahan-tahan.
“Saya tahu.”
“Nanti saya dah habis mesyuarat saya telefon awak semula
okey.”
Harnina keluar dari tempat
dia berada dan berjalan terus menuju pasangan tersebut. Dia memandang tepat
pada wajah Adli. Gadis bersama Adli tadi masih setia menunggu di tepi pintu
lif. Lif yang terbuka tadi terpaksa dibiarkan.
“Owh…mesyuarat apa ya sambil jalan berdua dan
berpegang-pegangan tangan Encik Adli?.” Begitu sinis sekali ianya kedengaran.
Harnina sudah berada betul-betul di hadapan Adli. Adli jadi tergamam. Mujur telefon
di tangan lelaki itu tidak terlepas. Kini dia bertentang mata dengan gadis yang
baru beberapa minit berada di dalam talian. Adli hilang kata-kata. Surprise…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan