…..L.
A. P. A. N…..
“CEPATLAH weiiii…..”. Harnina seakan tidak sabar untuk
bertemu dengan Adli. Terkocoh-kocoh Humaira masuk ke tempat pemandu.
“Sabarlah sikit. Kau ni pun.”
Harnina
lantas tersenyum. Rindunya terhadap lelaki itu bagaikan tidak dapat di
tahan-tahan lagi. Semalam dia dan Humaira telah merancang sesuatu. Merancang
mahu membuat kejutan tentang kehadiran dirinya di situ.
Beg kertas berisi hadiah berupa sehelai baju T-shirt
untuk Adli berada kemas dalam genggaman Harnina. Dia dapat membayangkan
bagaimana penerimaan Adli dengan hadiah pemberiannya. Di dalam kepalanya juga
telah merangka-rangka ayat yang bakal di lafazkan nanti. Harnina tersenyum
sendiri di kerusi penumpang. Humaira di sebelah memandu dengan tenang dan penuh
berhati-hati.
“Errr…awak Adli kan?.”
Terpisat-pisat Harnina bila
sahaja Adli berpaling bila namanya di panggil tadi. Dia bagaikan hilang
kata-kata.
“Ya saya Adli. Kenapa?.”
Lelaki yang di panggilnya tadi menjawab
tenang. Dia nampak kemas dengan seragam biru sekolahnya sebagai pengawas.
“Err…saya ada hal nak tanya sikit.”
Basikalnya sudah diletakkan
di bawah pokok rambutan berhampiran pagar rumah banglo itu. Adli pula baru sahaja
menuruni basikalnya dan memasuki pagar kawasan rumah tersebut.
“Apa dia?.”
Peluh memercik keluar di
dahi. Kayuhan basikal itu membuatkan dia berpeluh.
“Errr…awak ada nampak Cepet saya tak?.”
“Cepet?.” Lelaki itu segera mengerutkan dahi tanda tidak
faham. Bahang mentari kian terasa.
“Errr…maaf. Cepet tu kucing saya. Awak ada nampak tak?.”
Dia mengutuk dirinya sendiri di atas kealpaan itu.
“Kucing awak?.”
Dia cepat-cepat mengangguk.
Kelmarin setelah Humaira memberitahu dia Cepet kelihatan berlegar-legar di
kawasan rumah itu dia tercari-cari anak kucingnya di kawasan itu. Memang benar.
Dia sendiri nampak. Cuma kawasan rumah yang berpagar itu menghalangnya untuk
masuk. Tadi setelah tamat waktu sekolah dia cepat-cepat mengekori Adli tanpa
pengetahuan lelaki itu.
“Maksud awak kucing awak di rumah saya?.”
Lelaki itu merenung Harnina
sambil sebelah keningnya diangkat dalam
keadaan dia bercekak pinggang. Sekali lagi Harnina mengangguk. Berharap agar
Cepet dapat dipulangkan kepadanya.
“Mana ada kucing awak di rumah saya ni.”
Adli kelihatan sudah
mendengus marah. Kulitnya yang hitam manis menjadi bertambah gelap bila berada
di bawah sinaran mentari. Gadis yang berbeza umur setahun darinya ini tiba-tiba
muncul ketika dia sedang membuka pagar rumahnya untuk masuk tadi.
“Errr…tak ada?.” Hampa dan kecewa dengan jawapan yang
diberi.
“Saya kata tak ada tu tak adalah.”
“Hurrmmm…kalau tak ada tak apalah.” Dia sudah berpaling
dan menghayunkan langkahnya untuk pulang. Untuk apa dia berlama di situ jika
tuan rumah sudah memberitahunya sedemikian. Namun baru sahaja dia menapak tiga
empat langkah. Dia berpaling lagi.
“Awak, kalau awak nampak Cepet saya tolong pulangkan ya”,
sempat lagi dia berpesan. Lelaki itu yang baru menutup pagar rumahnya
cepat-cepat menganggukkan kepala.
Itulah kali pertama dia
berbicara dengan Adli. Walaupun ringkas tapi dia terasa meresap hingga ke jiwa.
Entah apa yang istimewanya tentang Adli dia sendiri tidak tahu. Tapi sesuatu
yang cukup pasti ketika itu adalah setiap kali dia bersua dengan Adli, dia kan
jadi gugup. Lidahnya kelu. Pertemuan singkat itu benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam dalam dirinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan