.....E. M. P. A. T.....
“Dik,
petang ni kau tunggu abang ambil tau”. Suara Hazman sekali lagi mengingatkan di
corong telefon sebelum talian diputuskan. Itulah Hazman, setiap kali ada janji
dengannya pasti akan menelefon berkali-kali untuk mengingatkan. ‘Macamlah aku
ni pelupa’, rungut Harnina di dalam hati. Memang setiap kali bila mahu pulang
ke kampung, Hazman akan mengambilnya di pejabat.
“Nina, jumpa saya sekejap”. Suara
Encik Rizqi di talian pula mengarahkan dia untuk masuk bertemu dengannya.
Harnina mengerling jam di hujung skrin komputernya. Hanya tinggal lebih kurang
lima belas minit sahaja lagi untuk dia pulang.
“Nina, awak perlu ikut saya ke Johor
Bahru esok untuk perjumpaan dengan client
di sana. Awak ada masalah tak?.”
“Encik, saya kan dah apply cuti dari
minggu lepas untuk tempoh dua hari ni”. Harnina mengingatkan Rizqi kembali
tentang cutinya yang telah dimohonnya sejak minggu lepas lagi. Seketika
kemudian, Rizqi menekup mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangannya sebelum
dia melurutkannya ke belakang. Rizqi menyandarkan badannya di atas kerusi
empuknya. Bagaimana dia boleh terlupa tentang hal itu?.
“Nina, boleh tak kalau awak batalkan
cuti tu?”. Dia bagaikan tidak mahu melepaskan Harnina untuk pergi.
“Apa???????”. Sedikit terjerit
Harnina mendengarnya. Perlukah dia untuk membatalkan cuti semata-mata untuk
mengikutnya ke Johor Bahru?.
“Penting sangat ke urusan awak tu
Nina?.”
“Penting”.
Sepatah
sahaja jawapan yang terpacul keluar dari mulut Harnina. Dia malas untuk
mengulas lagi dan mengharapkan agar Rizqi memahami. Rizqi kelihatan menarik
nafas sedalam yang boleh sebelum meminta untuk Harnina keluar dari situ.
“Nina, Hazman….”, suara Tanti
terhenti di situ. Bagaikan ada batu besar yang menyekat kerongkongnya dari
terus bersuara. Kemudian Tanti kembali
ke tempat duduknya. Harnina jadi tidak faham pula. Giliran dia pula menoleh ke
belakang. Patutlah Tanti terdiam, Encik Rizqi berada tidak jauh di belakang mereka dengan wajah yang nampak kelat dan masam
mencuka yang hanya memerhati dan mendengar di muka pintu. Manakala tidak sampai
100 meter di hadapan pula Hazman sedang berdiri menanti dengan penuh senyuman.
Mata Tanti silih berganti antara Hazman dan Rizqi dari tempat duduknya. Dia
hanya menjadi pemerhati sahaja sedari tadi.
“Abang…sekejap ya”.
Harnina
terus berlalu dan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling dia terus ke mejanya
lantas mengemaskan barang keperluan sebelum berlalu dari situ bersama Hazman
yang sudah sedia menunggu.
Tanti tetap membisu menjadi
pemerhati setia adengan itu. Dia juga sudah bersiap-siap mahu pulang kerana jam
sudah pun menunujukkan angka lima.
‘DAMM!...’ Pintu bilik Encik Rizqi
dihempas kuat sehingga membuatkan Tanti terkejut. Entah apalah masalahnya……
Tiada ulasan:
Catat Ulasan