.
....T. U. J. U. H.....
SETIBANYA di rumah sewa
Humaira, Harnina terus merebahkan dirinya di atas sofa. Rumah sewa Humaira
bagaikan rumah dia juga. Walaupun jarak yang memisahkan mereka, namun tiada apa
yang menjadi penghalang untuk mereka tetap akrab seperti dahulu.
“Nah, untuk kau.”
“Apa ni?.” Harnina yang tadinya berbaring, kini sudah
duduk. Bungkusan yang hulur oleh Humaira menarik perhatiannya. Dia membeleknya
sebelum dibuka.
“Maiiii……cantiknya…” Harnina sudah terjerit kecil
menerima pemberian Humaira. Kain pasang berwarna merah jambu dihiasi sulaman
bunga kecil berwarna biru.
“Aku kan memang cantik. Kau baru tau ke?.” Selamba sahaja
ayat itu keluar dari mulut Humaira.
“Hisyyy engkau ni Mai. Aku cakap kain ni lah. Aku suka.
Terima kasih ya Mai.”
“Hehehe…sama-sama. Aku beli masa aku ke Indonesia bulan lepas.
Ingatkan nak bagi masa birthday kau
nanti. Tapi ni kau dah datang, kiranya hadiah birthday la jugak ya.” Humaira
tersenyum senang memandang sahabatnya yang suka dengan pemberiannya. Dia tahu
itu antara warna-warna kegemaran Harnina.
“Eh, Mai… Kau ada beritahu Adli ke aku nak datang ni?.”
Harnina terasa ada sesuatu
yang tidak kena bila sahaja Adli menghubunginya tadi semata-mata bertanyakan
dirinya berada di mana. Adli jarang bertanya seperti itu.
“Tak ada, kenapa?.” Humaira menekan-nekan butang alat
kawalan jauh astro. Dari satu siaran kepada siaran yang lain. Biasanya
waktu-waktu sebegini dia berada di butiknya. Tapi hari ini dia memberitahu
pekerjanya yang dia tidak akan masuk ke kedai semula.
“Tak ada apalah.” Harnina menyembunyikan rasa tidak
senangnya. Soalan Adli tadi benar-benar menghantuinya. Masakan Adli menelefon
semata-mata mahu bertanya di mana dia berada?.
“Hah…kau nak jumpa Adli esok atau malam ni?.”
“Aku rasa esok. Penatlah kalau jumpa dia malam ni.”
Dia mahu berehat sahaja malam
itu. Tambahan pula dia tidak mahu menyusahkan Humaira dengan kehadirannya di
situ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan