…..
S. E. P. U. L. U. H .....
Gambar sewaktu pertunangan Hazman serta semua adik
beradik termasuk Hazman menghiasi skrin telefon bimbit S3 milik Harnina. Dia
memang sengaja meletakkan gambar tersebut di situ supaya dia lebih menghargai telefon
beserta ahli keluarga.
“Encik Rizqi nak jumpa”, Tanti yang baru keluar dari
bilik Encik Rizqi memanggil. ‘Dia ni tak sudah-sudah nak jumpa…nak jumpa… Pasti
berkenaan dengan mesyuarat di Johor Bahru tempohari rungut Harnina. Dia
bagaikan sudah dapat menjangkakan kesemuanya.
“Masuk”. Suara Rizqi mengarahkan dia untuk masuk sebaik
sahaja mendengar ketukan di muka pintu. Harnina menghayun langkah penuh
berhati-hati. Dalam hatinya sempat lagi berdoa agar kesemuanya dalam keadaan
baik sahaja.
“Duduk”. Tanpa memandang dia terus memberi arahan.
Beberapa helaian kertas di tangan diselak untuk beberapa kali.
“Tolong semak senarai syarikat yang kita nak gulungkan ni
by today”.
Beberapa helai kertas dihulurkan.
Harnina hanya menjeling sekilas dan mahu bergegas keluar dari bilik itu tanda
faham dengan tugasan yang diberi.
“How about your leave?”. Belum pun sempat Harnina berdiri Rizqi sudah bersuara
semula. Pandangannya di alihkan tepat pada Harnina kemudian dia menyandarkan badannya
di kerusi empuk miliknya seperti kebiasaannya.
“Okey”. Ringkas sahaja jawapan Harnina. Kalau boleh dia
tidak mahu menyebut lagi berkenaan cutinya apatah lagi mengingatinya.
“Okey saja?”. Matanya mencari-cari sesuatu di atas jari
jemari Harnina.
“Okeylah Encik Rizqi… Kenapa?”. Berkerut dahi Harnina
memikirkan bentuk soalan apakah yang perlu dijawabnya. Jawapan apa sebenarnya
yang dia hendak aku jawab? Aku yang bercuti, aku punya sukalah nak cakap apa,
kesemuanya ada di dalam hati Harnina.
“Saya dengar awak bercuti sebab bertunang…betul ke?”.
Tok! Tok! Tok!... pintu
diketuk dari luar, menandakan ada orang yang mahu bertemu dengan Rizqi. Harnina
hanya tersenyum dan jungkit bahu kemudian terus berlalu ke arah pintu tanpa
sebarang pamitan. Dalam hatinya terasa begitu lega sekali dengan ketukan pintu
tersebut. Setidak-tidaknya dia dapat melepaskan diri dari soalan yang
bukan-bukan dari Rizqi.
Apabila pintu di buka, Tanti sedang berdiri di situ. Dia
dan Tanti sempat berbalas senyuman di situ. Di belakangnya ada seorang wanita yang cukup
anggun berdiri. Baunya masya Allah… wangi.. hingga menusuk-nusuk ke lubang
hidung. Jenama apa yang dia pakai?
‘Mana Encik Rizqi ni dapat khabar angin? Aku bertunang?’.
Tersenyum Harnina mendengar soalan dari Encik Rizqi tadi.
“Nina…aku rasa lah kan perempuan tu bekas tunang Encik Rizqi”.
Tanti yang baru sahaja
membawa tetamu itu ke dalam bilik Rizqi terus menerpa. Serta merta khayalan
Harnina terbang entah ke mana. Terkebil-kebil mata dia mendengar berita dari
Tanti. Masakan tidak, Harnina yang sedang enak menerawang jauh tiba-tiba dihujani
pula cerita sebegitu dari Tanti. Memang tak masuk dek akal….
“Oh, iya ke? Aku tak tau pulak Tanti yang Encik Rizqi tu dah
ada tunang”.
“Bekas tunang.” Tanti membetulkan.
Dalam kepala Harnina sudah
berkecamuk, ada lebih daripada sepuluh fail kes yang diterima daripada Tenaga
Nasional Berhad yang perlu dibuat semakan sebelum diserahkan kepada Encik Zain.
Inilah padahnya kalau melapor kepada dua orang bos. Tapi nak buat macamna,
kerja makan gaji ikutkan sahajalah karenah pengurusan. Lagipun, tugas dia
berbayar bukannya free. Tapi…bab
gossip ni company Zain & Rizqi ni
tak akan bayar. Hehehe…..
“Owh…sorry..aku
terlupa. Kau sebelum ni bekerja dengan Encik Zain, manalah kau tau pasal Encik
Rizqi ni kan”.
Tanti sudah kembali ke
mejanya. Dia yang tadinya begitu teruja bercerita sudah berubah karektornya.
Mungkin dia perasan yang Harnina tidak berminat langsung dengan gossip yang
dibawa itu.
“Macamana kau tau itu bekas tunang dia?”.
“Aku dengar diaorang tu couple sejak dari U lagi.
Masa aku mula-mula kerja di sini dulu perempuan tu selalu datang. Memang gedik
sesangatlah dia tu. Meluat pun ada aku pandang”, cerita Tanti dengan penuh
emosional sekali. Berbeza dari tadi. Dia kembali semula ke meja Harnina.
“Eh Tanti, kau boleh ajar aku tak macamana nak buat
carian ni?”.
Harnina menunjukkan senarai
nama yang diberikan oleh Rizqi sebentar tadi. Tanti mencebik melihat Harnina. Niatnya
yang mahu meneruskan gossip tadi terhenti.
“Manalah aku tau, sebelum ni Kak Mariam yang buat semua
tu”, Tanti sudah kembali ke mejanya semula dengan wajah mencuka. Sorrylah Tanti, lain kalilah kalau nak ajak aku
bergossip pun, desis hati kecil Harnina.
Wah....good job kak yunie... Suka dengan entry Harnina ini.... Mudah2an ianya akan terhasil ke dalam bentuk novel 1 hari nanti.. Chaiyok kak yuni...
BalasPadamhidayah... dah dua novel akak burn dlm laptop... hahaha.. dah menulis sejak sekolah lg...cuma tak diketengahkan jer
BalasPadam