…..
D. U. A. B. E. L. A. S…..
Harnina semakin letih dengan tugasan yang diberi sejak
akhir-akhir ini. Dia dapat merasakan Encik Rizqi sengaja mahu menderanya, atas
dasar apa dia sendiri tidak tahu. Badannya memang terasa letih yang teramat.
Inikah yang dinamakan stress di
tempat kerja?. Entahlah, dia sendiri tidak tahu.
Harnina pernah juga bertanya dengan Tanti samada sebelum
ini Kak Mariam melakukan tugas sepertimana dia ditugaskan oleh Rizqi. Ada
sebahagian sahaja yang dilakukan oleh Kak Mariam, jawab mereka yang sudah biasa
dengan Kak Mariam.
“Kadang-kadang kena pergi outstation atau ikut Encik Rizqi jumpa client tau”, ujar Tanti. Sepanjang Harnina menggantikan tempat
Mariam, seingatnya belum pernah sekalipun Harnina diperlukan untuk mengikutnya
keluar bertemu dengan pelanggan.
“Memang wajib ikut ke Tanti?”, dia menyoal lagi. Belum
sampai sebulan menggantikan tempat Kak
Mariam dia sudah terasa bebanannya. Mungkin kerana melakukan dua tugasan dalam satu masa.
Ditambah pula dengan kelakuan bosnya yang suka mengarah itu dan ini.
“Kak Mariam biasanya ikut tau Nina”. Harnina sudah nampak
betapa banyak tugasnya yang akan tertangguh jika dia perlu mengikut Encik Rizqi
jika diperlukan kelak.
“Aku lebih suka bertugas dengan Encik Zain la Tanti. Dia
lebih fleksibel dan memahami”. Waktu itu Harnina sedang tertinjit-tinjit hendak
mengambil fail yang berada di atas rak yang berada di belakangnya. Tanti
tiba-tiba menjadi senyap dan sunyi tanpa sebarang kata. Yang ada hanyalah
batuk-batuk kecil daripada Tanti serta merta.
Harnina hampir mencapai fail yang diperlukannya. Hanya sedikit
sahaja lagi jari jemarinya mencapai fail tersebut. Tiba-tiba sesusuk tubuh sasa
berada di sisinya terus menghulurkan bantuan tanpa dipinta. Tangannya lebih
laju mencapai dan menarik fail tersebut dari tempatnya.
“Nah”. Fail dihulur.
Harnina termangu seketika memandang lelaki bertubuh tegap
yang berada di sisinya menghulurkan bantuan tanpa dipinta. Fail itu disambut
lambat-lambat. Malu dan segan pula. Patutlah si Tanti batuk tak berhenti-henti.
Batuk gatal tu namanya.
“Tudung tu”, suara garau itu menerjah ke gegendang
telinga sambil jarinya menunjuk kepada tudung yang dipakai oleh Harnina.
“Errr…senget ke?”. Merah muka Harnina bila ditegur
sebegitu sambil membetulkan tudung warna biru yang tersarung. Tanti hanya
mencuri pandang di sebalik komputer di hadapannya. Tunjuk rajinlah tu….
“Agak senget lah”, balasnya disertai dengan kenyitan
kecil sambil tersenyum. Boleh tahan gatal juga!!
“Tutup mulut tu. Lalat masuk nanti”, ujarnya lagi. Dia
terus duduk di hadapan meja tanpa dipinta. Sedangkan Harnina masih teraba-raba
tudungnya. Kemudian menekup mulutnya.
Ya Allah! Malunya aku. Tanpa disedari mulut Harnina
sedikit ternganga melihat telatah lelaki itu. Sejak dari pagi lagi dia tidak
muncul tiba-tiba muncul pula dengan karektor yang berlainan dari yang biasa. Pakaiannya
juga berbeza daripada biasa. Selalunya Rizqi akan terus masuk ke dalam biliknya
tanpa singgah di mana-mana meja staf yang ada. Bila dia memerlukan sesuatu dia
hanya memberi arahan melalui interkom sahaja.
“Nice family”.
Mata lelaki itu beralih kepada telefon bimbit Harnina pula dan jelas nampak dia
sudah menekan punat pada telefon tersebut lantas kelihatan gambar dia
sekeluarga semasa majlis pertunangan Hazman.
“Encik Rizqi, siapa benarkan encik pegang barang peribadi
saya?”, Hanina sedikit terjerit bilamana barang peribadinya pula di usik. Fail
di tangan dihempaskan atas meja, lantas Harnina duduk berhadapan dengannya. Itu
hak aku!, jeritnya di dalam hati sambil cuba merampas telefon tersebut dari
tangan Rizqi tapi usahanya gagal. Dia terpaksa membiarkan.
“Hurmm... Boleh tahan garang juga awak ni ye…”, matanya
dikerling pada tanda nama yang berada di sudut meja. Jelas kelihatan tertera
nama HARNINA.
“Harnina…”, sambungnya kembali sambil menyebut nama penuh
Harnina. Segarit senyuman mengiasi bibir lelaki itu. Telefon bimbit diserahkan semula. Apa sebenarnya masalah bos
aku ni hari ini?. Terlalu susah untuk melihat dia senyum tapi berlainan sekali
dengan hari ini. Sayup-sayup kedengaran suara hati Harnina.
“Tanti, mana komputer yang rosak tu? Tunjukkan saya”.
Matanya beralih pula pada Tanti yang sedang pura-pura sibuk dengan komputer di
hadapannya. Tanti hanya terangguk-angguk sahaja.
Dia segera mencapai fail yang penuh dengan baucer yang
masih belum ditandatangani lagi. Rifqi berlalu dari situ dengan meninggalkan
seribu satu tanda tanya terhadap Harnina.
“Eh, Encik Rifqi kenyit mata dekat kau ye Nina?”, usik Tanti
sebelum dia melangkah ke bilik Encik Rizqi. Terkekeh-kekeh Tanti tertawa
mengenakan Harnina sambil berlari-lari anak menuju pintu yang tertulis nama
Rizqi sebelum sempat Harnina membalasnya.
Harnina mengetap bibirnya tanda geram dengan Tanti.
Sempat lagi mahu mengusiknya. Tapi bila difikir-fikirkan kembali memang
silapnya juga. Puas si Tanti tu terbatuk-batuk berikan isyarat tapi dia sendiri
yang tak mengerti. Sudahnya, diri sendiri menjadi bahan usikan. Harnina
mengambil cermin kecil di sudut meja. Dia membelek-belek wajahnya di cermin.
Okey sahaja, tak senget pun tudung aku. Seketika kemudian dia tersenyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan