…..E. N. A. M. B. E. L. A. S…..
Wan Humaira melihat jam di tangan.
Sudah terlambatkah dia?, ujarnya dalam hati. Dari jauh papan tanda Restoran
Along jelas kelihatan. Dia membelokkan keretanya ke kawasan pakir yang hampir
separuh penuh. Dengan berhati-hati dia memakirkan kereta Wira miliknya.
Sebaik sahaja handbreak ditarik, telefon bimbitnya berbunyi minta di angkat. Wan
Humaira yakin pastinya daripada sahabat baiknya, Harnina.
“Assalamualaikum… ya, ya aku dah
sampai ni”. Telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam beg tangan semula dan dengan
keadaan tergesa-gesa dia keluar dari keretanya. Dalam keadaan tergesa-gesa itulah
dia terlanggar seseorang.
“Ouchhhhh…..”, wanita itu menjerit.
“Maaf ya cik…errr….puan…..Saya tak
sengaja”. Wan Humaira tergagap-gagap dan mengakui silapnya. Dia yang hendak
cepat itu terlanggar dengan seseorang.
“Huh!!! Jalan mata letak kat mana
lah!”. Terdengar wanita itu mendengus marah. Wajahnya yang cantik serta
rambutnya yang panjang mengurai itu sudah nampak tidak cantik bila dia marah.
Berulang kali Humaira meminta maaf di atas kesilapannya. Lelaki yang berada di
sebelah wanita itu dengan penuh toleransi menerima maaf daripada Humaira dan
meminta maaf bagi pihak kekasihnya pula dan melepaskan Humaira berlalu pergi.
Harnina yang nampak Wan Humaira
sedang berjalan ke arah restoran segera melambai-lambaikan tangan. Kedudukan
meja yang jelas untuk dilihat tidak menyukarkan Wan Humaira melihat lambaian
sahabatnya lantas dia membalas kembali lambaian tersebut. Hazman yang berada di
sebelah turut tersenyum melihat Humaira yang datang menghampiri mereka berdua.
“Sorry
beb aku terlambat”, desah nafas Humaira turun naik jelas kedengaran di
cuping telinga Harnina sewaktu mereka berpelukan.
“Hei, kau berlari atau kena kejar
dengan anjing ni?”, seloroh Harnina.
Humaira
mengambil tempat duduknya berhadapan dengan Harnina dan Hazman.
“Harimau… Hai Man. Apa khabar?”.
Humaira cepat bertanya khabar dengan Hazman. Hazman tersenyum sambil membalas
dengan anggukkan sahaja.
“Weih…kau ni, apa yang harimau? Kau
panggil Abang Hazman ni harimau?”. Biji mata sengaja dijegilkan pada Humaira.
Dah berpuluh tahun tak berjumpa dengan Abang Hazman tiba-tiba Humaira
menggelarnya dengan panggilan ‘harimau’ pula malam itu.
“Tidaklah. Kau tanya aku kan tadi
kena kejar anjing ke? Jawapan aku harimau”. Masih jelas lagi wajah wanita yang
terlanggar dengan Humaira sebentar tadi. Menjerit bagaikan ditusuk dengan pisau
pula lagaknya. Humaira membelek kasutnya. Serasanya dia hanya memakai selipar
jepun sahaja malam itu.
“Harimau mana ni Mai?”, ujar Hazman
sambil menghulurkan pinggan berisi nasi goreng kampung kepada Humaira bersama
dengan air carrot ais yang memang
dipesan khas untuk Humaira.
“Uiiii…..korang masih ingat ye aku
suka makan apa. Terharunya aku…”. Dia menghidu-hidu bau nasi goreng tersebut.
Terselit rasa bangga di hati Humaira memiliki kawan seperti Harnina dan
abangnya, Hazman. Tak sia-sia dia berkawan baik sejak dari kecil lagi.
“Mai, aku tanya kau tadi harimau
mana kau jumpa?”, ulang Hazman. Harnina hanya menjadi pendengar sambil menyedut
minumannya.
“Ohh…sorry..”. Humaira sudah membuat wajah cutenya di hadapan dua beradik itu.
“Aku terlanggar sorang perempuan
tadi. Cantik, bergaya… Gred A”. Ibu jarinya dinaikkan menggambarkan tanda
bagus. Sesudu nasi goreng masuk ke dalam mulutnya. Tadi wanita ‘harimau’ itu
menjadi perhatiannya tapi sekarang nasi goreng kampung ini lebih menggoda.
“Habis tu kenapa?”.
Melihatkan sesudu demi sesudu nasi
goreng masuk ke dalam mulut Humaira menjadikan Harnina tidak sabar hendak
mendengar cerita sahabatnya itu.
“Tercekik nanti”. Hazman merapatkan
pula air kepada Humaira.
“Aku nak cepat tadi, masa keluar
dari kereta aku terlanggar seorang perempuan cantik dengan pakwe dia. Dia menjerit mak datukkkk….. mengalahkan apalah tadi.
Aku mintak maaf sangat-sangat tapi dia cakap macam-macam. Penyudahnya pakwe dia yang mintak maaf bagi pihak
dia pada aku. Nasib baiklah pakwe dia
handsome. Hehehe…”. Masih
terngiang-ngiang lagi suara wanita yang menjerit bila Humaira terlanggar
dengannya tadi di telinga.
“Ohh…itu yang harimau kau kata?”, sedikit
tergelak Harnina mendengar cerita dari sahabatnya.
“Sebenarnya apa hal yang kau
beriya-iya nak jumpa dengan aku ni Nina?”, Humaira menghabiskan sisa nasi
goreng kampungnya dengan sungguh berselera lagi. Tidak rugi rasanya bila dia
bersetuju untuk datang bertemu dengan Harnina kelmarin.
“Aku dengan Abang Hazman nak ajak
kau makan”.
Tersenyum
Humaira mendengar jawapan yang tidak diduga dari Harnina. Seketika kemudian
mukanya menjadi kemerah-merahan menahan malu. Sudahlah dia makan dengan begitu
lahap sekali tadi, inikan pula dua beradik ini mahu mengajak dia makan sahaja.
“Kenapa? Kau malu ke?”. Abang Hazman
memang agak pendiam tapi kalau dah berbunyi, habislah disakatnya semua orang
terutama si Humaira ni.
“Bekejar-kejar aku harini tau. Siap
ambil cuti lagi dengan bapak aku semata-mata nak jumpa dengan kauorang berdua.
Sampai sini kau orang kata nak ajak aku makan aje? Aku tau la aku ni memang
kuat makan. Dulu pun masa kecik-kecik pantang kalau Mak Leha atau mak kau ajak
makan, akulah yang datang dulu”. Humaira sudah mengimbas zaman lampau mereka
membuatkan kedua beradik itu terkekeh-kekeh ketawa.
“Ada aku kisah???”. Abang Hazman
menambah lagi.
“Hisyy Abang Man ni”. Dia menyiku
sedikit abangnya.
“Mai,
sebenarnya aku ajak kau datang ni sebab aku ada perkara nak mintak tolong
dengan kau tau tak?”, sambungnya lagi.
“Hah…apa la tu nak mintak tolong
bagai dengan aku macam dah tak boleh nak cakap dalam telefon pulak”. Perut dah
kenyang mulut macam murai pulak si Wan Humaira ni. Bukan senang untuk
bersembang dengan Humaira semenjak kedai runcit di kampungnya sudah di buka.
“Abang Man ni…”, Harnina menyiku Hazman
sekali lagi yang tersenyum macam kerang busuk di sebelah. Mata Humaira beralih
kepada Hazman pula.
“Sebelum tu aku nak tanya dulu ni
Mai, kau tau tak yang aku ni dah bertunang?”, Hazman memulakan bicara bila mata
Humaira sudah melekap padanya.
“E’eh…hujan tidak ribut pun tidak,
lepastu tanya aku pulak tau atau tidak. Yang korang dua beradik ni ada ke
jemput atau beritahu aku hah?”. Mata Humaira sudah silih berganti memandang dua
mahluk yang berada di hadapannya. Kedua-dua mereka tersenyum sumbing.
“Abistu kalau kau dah bertunang
apasal Man?”. Humaira malas mahu cakap banyak, perut sudah kenyang dan badan
pun sudah terasa letihnya. Apa tidaknya, sebaik selesai sahaja menghantar
barang-barang di rumah Haji Khamis tadi dia memeriksa kedainya pula sebelum di
tutup kemudian dia terus bergegas datang
ke tempat yang dijanjikan.
“Kau kan pandai buat andaman
pengantin kan Mai. Aku ingat nak ambik pakej kau aje, boleh?”.
Hazman bagaikan mengerti dengan
keletihan yang ditanggung oleh Humaira terus sahaja memaklumkan perkara sebenar
tanpa berselindung lagi.
“Kejap..kejap..kejap”, Humaira
mengangkat tangannya menyuruh Hazman berhenti seketika. Dia membuka beg
tangannya dan mencari sesuatu. Tidak berapa lama kemudian dia mengeluarkan
beberapa helai pamplet beserta pen dan buku nota. Kesemua pamplet itu
diserahkan kepada Hazman manakala buku nota beserta pen berada di tangannya.
“Ini pakej yang butik aku tawarkan.
Kau Man boleh pilih ikut bajet yang kau ada ni…” Humaira bercerita dengan penuh
semangat sekali. Memang patutlah dia ni jadi businesswomen, bercakap memang tip top. Pantang ada peluang
dapatkan income semua dah tersedia
dalam beg tangannya yang besar itu rupanya. Humaira memang seorang yang berkebolehan
dalam menguruskan bisnes. Setelah kedai runcitnya di kawasan kampung tersebut
beroperasi, tugasnya lebih banyak di habiskan di kedai runcit manakala butik
andamannya telah dipertanggungjawabkan kepada sepupunya, Nisa.