Jumaat, 25 September 2015

INI RAYA KAMI



Ini kisah Raya 2015

Ini mungkin cara kami. Berkumpul bersama-sama...

Ini kisah di Kuala Lumpur. Dari Johor kami ke Kuala Lumpur demi memenuhi undangan untuk berkumpul di hari raya.



Yang ini pulak semua adalah sepupu sepapat saya bersama anak / isteri / suami masing-masing. opsss... yang berkaca mata memgang batang kayu selfie ni belum berpunyeeee...

Apa pun...
Ini raya cara kami...
Ini raya keluarga kami...

Bila semua sudah membesar dan mempunyai keluarga masing-masing, semuanya agak sukar dan mencabar tetapi raya tetap raya....

Sabtu, 5 September 2015

BAGAIKAN MIMPI



Percutian kami kali ini agak menarik berbanding yang sebelum ini.
Siapa menyangka kami dapat menjejakkan kaki ke Kota Cinta ini.
Semuanya terjadi BAGAIKAN MIMPI!
Ini bukanlah percutian biasa-biasa yang kami pernah alami dan nikmati.

Tanggal 29 Jun 2015 kami berempat sudah bersedia bersama dua buah beg besar di KLIA.
Penerbangan kami menuju ke Dubai pada jam 1925pm.


Kami tiba di Dubai pada jam 2215pm waktu Dubai dan waktu Malaysia lebih kurang jam 0430 pagi. Masa menunggu di Dubai banyak dihabiskan dengan tidur sahaja. Rasa nak tergelak pun ada rasanya. Jam 4 pagi waktu Malaysia semua sedang nyenyak tidur dan kami pula sibuk maklumkan pada group family yang kami sudah selamat mendarat di Dubai.

SUNGGUH! AKU RINDU


Melihat ke arah lorong itu yang tidak pernah kosong. Semakin lama semakin ramai pula yang memenuhi lorong itu.
Ya!
Sungguh! Aku rindu.
Rindukan lorong-lorong jalanan di Venice.
Mendengar teriakan para peniaga di setiap kedai yang dilalui. Deretan kedai menjual pelbagai cenderahati memang menjadi tumpuan.
Pada awalnya aku tidak pasti bagaimana si penjual dapat meneka negara asal para pelancong. Setiap kali aku dan suami melewati kedai makan mahupun kedai cenderahati pastinya mereka akan menyebut 'Malazia... Malazia...'.
Wah! Nama negara kami bawa.

Sungguh! Hari ini aku rindu.
Rindu untuk sampai ke bumi asing itu lagi...



Isnin, 8 Jun 2015

CINTA MERAH BIRUUU


Untuk kali ke berapa
Aku cuba lontarkan
Rasa cinta
Tak tergambar di jiwa
Ia mekar
Hanya satu aku mampu ungkapkan dengan lagu
Yang bertahta di hati
Cinta sejati

Merah dan biru cinta hatiku
Kesetiaanku
Hanya Untukmu
Tak pernah layu
Kau lah
Perwiraku

Luaskan kuasamu
Oh Johorku
Hancurkan semua musuhmu pahlawanku
Setia bersamamu Johor
Merah Biru
Hidup mati Johor

Di manapun kau berada
Pasti di situ aku ada

Kerana jiwa
Dah cinta

Untuk kamu
JOHOR

Sabtu, 9 Mei 2015

JOM BERCUTI ~ part 2

Aduhaiii... Dah datang angin nak update blog pula dua tiga menjak ni. Saje nak mengimbas percutian sepanjang 2014 sebenarnya. Al-maklumlah... 2015 ni tak ke mana lagi.

Oklah... sambung cerita sepintas lalu sewaktu berehat di CYBERVIEW RESORT & SPA tahun lalu. Sebenarnya tak dirancang pun. Memang macam itulah selalunya.

 Hah... macam inilah rupa bentuk bilik kami menginap. Kemudahan yang ada macam biasalah. Wifi semua ada. Ada banyak lagi kemudahan lain yang tersedia, cuma tak teringat pun nak snap gambar-gambar tu semua.











Jumaat, 8 Mei 2015

JOM BERCUTI







Wahhh!!! Sekali pandang tempat ni memang menarik. Santai sangat. Sekali sekala rehatkan minda dan badan di sini setelah penat bekerja. Lokasinya di Persiaran Multimedia, Cyberjaya.

Hijau aje pemandangan yang ada kat sini. Tempatnya memang tenang. Jauh dari hiruk pikuk kota. Dah macam duduk kat kampunglah senang cerita. Banyak aktiviti boleh dibuat kat sini sebenarnya. Cuma tempohari kami cuma datang sekadar melengkapkan misi jalan dan rehat kami sekeluarga sahaja.









Kolam renang ni pun ala-ala ada kat kampung aje. Macam kolam aku kat tepi rumah dulu masa kecik-kecik. Kalau bawa anak-anak bercuti di sini memang seronok. Kalau aku memang suka sangat tempat macamni sebab aku boleh menaip sebanyak mana yang aku suka.....

Khamis, 7 Mei 2015

GRADUATION DAY









Aku tahu,
Pencapaian ini tidak seberapa bagiku. Pencapaian ini tidak se'gah' mana sebenarnya.
Namun, aku tahu tak semua orang mampu mencapai hingga ke akhirnya.

Apa yang aku mampu banggakan bagi diriku sendiri adalah keberanian. Ya, berani untuk mengejar impian untuk menyambung pelajaran. Aku seringkali dihujani dengan soalan
"Buat apa nak belajar lagi?."
"Untuk apa?."
"Kau tak rasa membazir masa ke belajar ni?."
Aku sentiasa dihujani soalan-soalan ini. Hingga satu tahap aku rasa rimas. Rimas untuk menjawab semua soalan orang kerana bagi aku, mereka tidak faham apa yang aku perlu dan perlukan.
Jadi, aku ambil keputusan untuk hanya senyum sahaja tanpa menjawab. Mungkin itu lebih baik.

Nasib setiap insan tak sama. Perjalanan serta liku-liku kehidupan mereka yang bergelar insan tidak sama. Percayalah, setiap sesuatu yang Allah S.W.T aturkan adalah yang terbaik untuk kita.

Akhirnya berkat kesabaran dan sokongan insan-insan sekeliling aku yang sentiasa memahami, aku berjaya juga untuk menamatkannya. Terima Kasih tak terhingga untuk yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kehidupan aku....