Sabtu, 5 September 2015

SUNGGUH! AKU RINDU


Melihat ke arah lorong itu yang tidak pernah kosong. Semakin lama semakin ramai pula yang memenuhi lorong itu.
Ya!
Sungguh! Aku rindu.
Rindukan lorong-lorong jalanan di Venice.
Mendengar teriakan para peniaga di setiap kedai yang dilalui. Deretan kedai menjual pelbagai cenderahati memang menjadi tumpuan.
Pada awalnya aku tidak pasti bagaimana si penjual dapat meneka negara asal para pelancong. Setiap kali aku dan suami melewati kedai makan mahupun kedai cenderahati pastinya mereka akan menyebut 'Malazia... Malazia...'.
Wah! Nama negara kami bawa.

Sungguh! Hari ini aku rindu.
Rindu untuk sampai ke bumi asing itu lagi...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan