Khamis, 7 Mei 2015

GRADUATION DAY









Aku tahu,
Pencapaian ini tidak seberapa bagiku. Pencapaian ini tidak se'gah' mana sebenarnya.
Namun, aku tahu tak semua orang mampu mencapai hingga ke akhirnya.

Apa yang aku mampu banggakan bagi diriku sendiri adalah keberanian. Ya, berani untuk mengejar impian untuk menyambung pelajaran. Aku seringkali dihujani dengan soalan
"Buat apa nak belajar lagi?."
"Untuk apa?."
"Kau tak rasa membazir masa ke belajar ni?."
Aku sentiasa dihujani soalan-soalan ini. Hingga satu tahap aku rasa rimas. Rimas untuk menjawab semua soalan orang kerana bagi aku, mereka tidak faham apa yang aku perlu dan perlukan.
Jadi, aku ambil keputusan untuk hanya senyum sahaja tanpa menjawab. Mungkin itu lebih baik.

Nasib setiap insan tak sama. Perjalanan serta liku-liku kehidupan mereka yang bergelar insan tidak sama. Percayalah, setiap sesuatu yang Allah S.W.T aturkan adalah yang terbaik untuk kita.

Akhirnya berkat kesabaran dan sokongan insan-insan sekeliling aku yang sentiasa memahami, aku berjaya juga untuk menamatkannya. Terima Kasih tak terhingga untuk yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kehidupan aku....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan