Jumaat, 25 September 2015

INI RAYA KAMI



Ini kisah Raya 2015

Ini mungkin cara kami. Berkumpul bersama-sama...

Ini kisah di Kuala Lumpur. Dari Johor kami ke Kuala Lumpur demi memenuhi undangan untuk berkumpul di hari raya.



Yang ini pulak semua adalah sepupu sepapat saya bersama anak / isteri / suami masing-masing. opsss... yang berkaca mata memgang batang kayu selfie ni belum berpunyeeee...

Apa pun...
Ini raya cara kami...
Ini raya keluarga kami...

Bila semua sudah membesar dan mempunyai keluarga masing-masing, semuanya agak sukar dan mencabar tetapi raya tetap raya....

Sabtu, 5 September 2015

BAGAIKAN MIMPI



Percutian kami kali ini agak menarik berbanding yang sebelum ini.
Siapa menyangka kami dapat menjejakkan kaki ke Kota Cinta ini.
Semuanya terjadi BAGAIKAN MIMPI!
Ini bukanlah percutian biasa-biasa yang kami pernah alami dan nikmati.

Tanggal 29 Jun 2015 kami berempat sudah bersedia bersama dua buah beg besar di KLIA.
Penerbangan kami menuju ke Dubai pada jam 1925pm.


Kami tiba di Dubai pada jam 2215pm waktu Dubai dan waktu Malaysia lebih kurang jam 0430 pagi. Masa menunggu di Dubai banyak dihabiskan dengan tidur sahaja. Rasa nak tergelak pun ada rasanya. Jam 4 pagi waktu Malaysia semua sedang nyenyak tidur dan kami pula sibuk maklumkan pada group family yang kami sudah selamat mendarat di Dubai.

SUNGGUH! AKU RINDU


Melihat ke arah lorong itu yang tidak pernah kosong. Semakin lama semakin ramai pula yang memenuhi lorong itu.
Ya!
Sungguh! Aku rindu.
Rindukan lorong-lorong jalanan di Venice.
Mendengar teriakan para peniaga di setiap kedai yang dilalui. Deretan kedai menjual pelbagai cenderahati memang menjadi tumpuan.
Pada awalnya aku tidak pasti bagaimana si penjual dapat meneka negara asal para pelancong. Setiap kali aku dan suami melewati kedai makan mahupun kedai cenderahati pastinya mereka akan menyebut 'Malazia... Malazia...'.
Wah! Nama negara kami bawa.

Sungguh! Hari ini aku rindu.
Rindu untuk sampai ke bumi asing itu lagi...