Aku tahu,
Pencapaian ini tidak seberapa bagiku. Pencapaian ini tidak se'gah' mana sebenarnya.
Namun, aku tahu tak semua orang mampu mencapai hingga ke akhirnya.
Apa
yang aku mampu banggakan bagi diriku sendiri adalah keberanian. Ya,
berani untuk mengejar impian untuk menyambung pelajaran. Aku seringkali
dihujani dengan soalan
"Buat apa nak belajar lagi?."
"Untuk apa?."
"Kau tak rasa membazir masa ke belajar ni?."
Aku
sentiasa dihujani soalan-soalan ini. Hingga satu tahap aku rasa rimas.
Rimas untuk menjawab semua soalan orang kerana bagi aku, mereka tidak
faham apa yang aku perlu dan perlukan.
Jadi, aku ambil keputusan untuk hanya senyum sahaja tanpa menjawab. Mungkin itu lebih baik.
Nasib
setiap insan tak sama. Perjalanan serta liku-liku kehidupan mereka yang
bergelar insan tidak sama. Percayalah, setiap sesuatu yang Allah S.W.T
aturkan adalah yang terbaik untuk kita.
Akhirnya
berkat kesabaran dan sokongan insan-insan sekeliling aku yang sentiasa
memahami, aku berjaya juga untuk menamatkannya. Terima Kasih tak
terhingga untuk yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
kehidupan aku....