Sabtu, 19 April 2014

ERRRRRRR.......


Perasaan terlalu aneh. Adakalanya ianya berbunga-bunga. Umpama pohon tecoma yang berbunga sepanjang minggu. Nampak cantik dan menjadi hiasan indah. Kadangkala ibarat hujan lebat yang disertai ribut petir serta taufan yang menakutkan. Hinggakan adakala takut untuk menghadapi hari-hari mendatang. Itu semua opera kehidupan.

Duhai hati, kurangkanlah getaranmu kerana aku tak mampu menyembunyikan bahasa tubuhku saat bertentang mata denganmu. Getaran rindu itu sudah cukup buat aku tersiksa. Rindu itulah yang membawa aku menyebut namamu...

===========================================================

Adli - Benarlah kata orang, barang yang lepas jangan di kenang. Kelak nanti memakan diri.

===========================================================

Rizqi - Jika sungguh bagai di kata, mengapa mengalah sebelum berjuang?. Jika pohon rindu itu sudah terbit, pastinya ke mana sahaja kan kau bawa namaku bersama.

===========================================================

Rifqi - Ringkas benar kata-katamu hingga tidak dapat dihadam oleh tafsiran hati. Usah jangan bermain tarik tali. Jika benar cinta sudah bertaut di hati, ikat sahaja dengan ijab dan qabul.

===========================================================

1 ulasan: