…..L.
A. P. A. N. B. E. L. A. S…..
Adli??? Membulat mata Harnina melihat susuk tubuh Adli
berada di muka pintu pejabatnya. Kebetulan Tanti berada di bilik air ketika
itu. Harnina jadi serba tak kena. Adli pula dengan riak wajah yang biasa
melangkah masuk. Hanya tinggal beberapa langkah sahaja lagi Adli akan tiba ke
mejanya. Hatinya menjadi resah. Dia bimbang jika dia tidak mampu mengawal
perasaan. Dia segera menundukkan wajah. Dia tidak tahu samada Adli tahu akan
kewujudannya di situ atau tidak. Mujur juga mejanya sedikit tersorok di
bahagian belakang.
“Selamat pagi encik, boleh saya bantu?.” Harnina menarik
nafas lega. Tanti muncul tepat pada masanya. Kalau boleh dia mahu menyorok dari
pandangan mata Adli. Bila sahaja Tanti sudah menyapa Adli, Harnina sepantas
kilat bangun dari tempatnya dan meluru ke pantry.
Desah nafasnya jadi tidak keruan. Dia perasan akan perubahan pada air muka Adli
saat dia melarikan diri tadi. Mungkin Adli baru perasankan dirinya.
Mug air di capai di atas rak. Entah mengapa tekaknya
terasa kering walhal dia baru sahaja dari bersarapan sebentar tadi. Milo 3 in 1
segera di ambil. Dia membancuh air tersebut perlahan-lahan. Tangannya yang
memegang sudu serasa sudah tidak tentu arah tujuannya mengacau air di dalam
mug. Sekejap di pusing ke kiri, sekejap ke kanan. Dia tidak bersedia mahu
berjumpa dengan Adli setelah peristiwa yang merobek hatinya tempohari. Masih
jelas di ruang matanya melihat kemesraan Adli bersama Amira.
“Ad janji, Ad akan setia pada Nina sampai bila-bila.”
Ayat itu bergema lagi di
telinganya. Bagaikan baru semalam Adli menuturkannya. Ayat itulah yang
seringkali menjadi pemangkin kerinduannya pada Adli. Namun semua itu musnah
dengan peristiwa yang tidak sampai lima minit berlaku di hadapan matanya.
Bunyi tapak kasut yang menuju ke arah pantry langsung
tidak dihiraukannya. Jari-jemarinya bagaikan leka dengan sudu yang dikacau
dalam air yang entah ke mana arah tujuannya. Harnina kembali tersedar bila
sahaja kedengaran pintu mengerekot bila dibuka. Wajah Tanti dengan rambutnya
yang separas bahu tersembul di muka pintu.
“Na…Encik Rizqi..”. Belum sempat Tanti menghabiskan
ayatnya lagu Najwa Latif berkumandang di pantry
itu. Cepat-cepat Harnina menjawab tanpa memikirkan siapakah pemanggilnya.
“Ya.. Sekejap ya. Nanti saya sampai.”
Tanti
tersenyum. Dia bagaikan sudah dapat meneka siapakah gerangan sang pemanggil.
Harnina memandang Tanti tanpa sebarang reaksi. Perlukah dia meminta bantuan
Tanti?. Tanti sudah menutup kembali pintu pantry.
Dia yakin Harnina sudah tahu tentang Rizqi yang mencarinya. Harnina membawa mug berisi air milo panas keluar dari
situ. Fikirannya menerawang, matanya mencari-cari kelibat Adli yang sebentar
tadi ada di kawasan itu. Dengan langkah yang berhati-hati dia menuju ke meja.
Di pertengahan perjalanan dia teringatkan telefon bimbitnya yang tertinggal di pantry. Dengan pantas dia berpusing
kembali. Elok sahaja dia berpaling, Rifqi muncul di belakangnya. Dengan tidak
semena-mena milo panas di tangan tersimbah pada Rifqi. Lelaki itu langsung
tidak sempat mengelak. Harnina jadi panik.
“Auchhhh!!!.” Suara Rifqi menjerit terkena simbahan milo
panas. Tanti yang berada di mejanya segera mendapati mereka berdua.
Mug di tangan
Harnina segera diberikan pada Tanti. Tanti jadi tergamam. Harnina mencapai tisu
tidak jauh dari situ lalu mengelap-ngelap baju yang basah dek terkena air milo.
Mulutnya tak henti-henti meminta maaf. Dia tahu dia yang bersalah. Dia yang tak
berhati-hati.
“Errr…maaf Encik Rizqi… saya tak perasan. Saya terkejut
encik ada di belakang saya tadi.” Jari-jemarinya ligat membersihkan kesan air
yang terkena pada pakaian lelaki itu. Dia mengutuk dirinya berulang kali kerana
tidak berhati-hati.
“Errr…tak apalah. Dah rezeki saya nak kena mandi dengan
air milo hari ni.” Rifqi tersenyum memandang Harnina. Sakit kulitnya terkena
air panas itu tadi serta-merta hilang bila sahaja terpandangkan Marshanda versi
Malaysia yang sedang berada di hadapannya.
“Ri….kenapa?.” Muncul Rizqi di pintu biliknya bersama
Adli sebaik mendengar keadaan yang sedikit kecoh sebentar tadi. Masing-masing
memandang antara satu sama lain. Harnina berpaling bila sahaja mendengar suara
Rizqi.
‘Hahhhhhh?’. Sekali lagi dia terkejut. Tisu di tangan
hampir di sua pula pada mulut Rifqi. Matanya langsung tidak berkelip memandang
antara Rifqi dan Rizqi. Sekejap ke belakang dan sekejap ke hadapan dia
memandang. Dia bagaikan duduk di hadapan cermin!. Kedua-duanya serupa. Warna
dan jenis pakaian yang di pakai sahaja yang membezakan antara keduanya.
“HARNINA awak ni kenapa?.”
Melengking suara Rizqi di dalam bilik itu. Saat itu hanya dia dan Rizqi sahaja
yang ada. Rifqi sudah keluar dari bangunan itu. Adli pun sama. Yang tinggal
hanyalah dia yang diminta oleh Rizqi untuk bertemu dengannya setelah
tetamu-tetamu itu tadi pulang.
“Maafkan saya…. Saya nak ambil telefon saya tadi.” Dia
menjawab juga soalan Rizqi yang penuh dengan emosi dengan lancar. Tengkingan
lelaki itu benar-benar menakutkan. Serasa bagaikan bergoncang bangunan lima
tingkat itu dengan suara Rizqi yang kuat.
“Awak ni betul-betul menyusahkan saya tahu tak?.
Disebabkan awak saya terpaksa tangguhkan mesyuarat dengan client saya tadi. Awak ni langsung tak tahu nak jaga bisnes. Kerana
awak tadi saya hampir kehilangan client
besar tau tak??!!!” Bengang sungguh kedengaran suara Rizqi. Mukanya merah
padam. Kerana Harnina yang secara tak sengaja tersimbah air panas pada Rifqi,
dia terpaksa menunda mesyuaratnya bersama Adli dan Rifqi sebentar tadi.
Sepatutnya mesyuarat itu sudah mendapat kata putus. Tetapi Rifqi meminta diri
untuk pulang terlebih dahulu kerana dia tidak selesa dengan keadaan sebegitu
membuatkan Adli juga terpaksa mengundurkan diri kerana dia ada urusan lain.
Secara tidak langsungnya mesyuarat ditangguhkan.
Dia merasakan hari ini adalah hari malangnya. Semuanya
gara-gara Adli. Kalau tak kerana Adli tadi, pasti perkara itu tidak akan
terjadi. Namun dia tertanya-tanya atas urusan apakah Adli datang menemui
Rizqi?. Keduanya, dia tidak menyangka pula majikannya mempunyai kembar seiras.
Semuanya berlegar-legar di dalam mindanya.
“Na… kau okey ke?.” Suara
Tanti penuh simpati kedengaran di cuping telinga Harnina sebaik sahaja dia
keluar dari bilik Rizqi. Suara tengkingan Rizqi dari dalam bilik itu tadi
benar-benar merisaukannya. Semenjak Harnina menggantikan tempat Mariam, ada-ada
sahaja hal kecil yang Rizqi sengaja perbesarkan.
“Okey… .” Jawab Harnina lemah. Masih jelas di wajahnya dengan
pertemuan lapan mata antara dia, Adli, Rifqi dan Rizqi tadi. Dia terperanjat
bila sahaja Adli masuk ke pejabat itu tadi kemudian dia mahu melarikan diri
dari Adli. Namun, dia tidak pula menyangka Rizqi mempunyai kembar seiras iaitu
Rifqi. Dia jadi tergamam mengingati peristiwa itu satu persatu. Semuanya
berlaku terlalu singkat.
“Na… aku dengar telefon kau tu dah banyak message yang masuk. Cubalah kau tengok.”
Risau pula Tanti melihatkan Harnina. Jika dia berada di tempat Harnina tadi,
pasti dia juga berkeadaan sebegitu bahkan mungkin lebih teruk lagi. Harnina
mengambil telefon bimbitnya. Dia menekan-nekan skrin tersebut. ‘Banyaknya message dan missed called.’
‘Nina, Ad nak jumpa lepas tamat mesyuarat dengan Rizqi.
Maaf tadi Ad tak dapat nak cakap apa-apa.’ – ADLI
Message ke dua pula di buka
daripada nombor yang tidak dikenali.
‘Harnina, saya minta maaf. Saya buat awak jadi terperanjat
tadi. Maafkan saya’ – RIFQI
Ada beberapa message lagi yang tidak dibaca oleh
Harnina. Dia tidak berminat untuk membacanya kerana kesemuanya dari Adli. Dia
menutup telefon dan diletakkan di tepi. Mindanya tidak dapat berfungsi dengan
baik hari ini. Mungkin kerana terperanjat dan juga menjadi bahan kemarahan
Rizqi tadi. Hamburan kata-kata Rizqi yang begitu menyakitkan bukan sahaja
telinga bahkan hatinya juga. Namun disebalik itu ada seperkara lagi yang benar-benar
memeranjatkan dia.
“Na… .” Panggilan Tanti sekali lagi menghentikan lamunan
Harnina. Tanti sudah berada di sisinya. Sejak peristiwa tadi Tanti nampak
begitu risau sekali kerana dia tidak pernah melihat Rizqi mengamuk sebegitu
sekali.
Harnina memaksa dirinya untuk senyum meskipun pahit.
“Aku okey la. Jangan risau,” ujarnya disulami senyuman
pahit. Hakikatnya, fikirannya kosong. Dia menerawang entah ke mana. Matanya sahaja
yang melekap pada skrin komputer sejak tadi.
“Na, aku tak tau la kenapa bos tu asyik nak marah kau
aje.”
“Kenapa?.” Harnina segera menoleh. Kata-kata Tanti
menarik perhatiannya.
“Aku pun tak tau. Dulu masa Kak Mariam yang jaga bahagian
ni, bos tu taklah macamtu. Okey je aku tengok dia. Tapi sejak kau yang jaga,
kerja yang betul pun jadi salah. Aku pun jadi tak faham,” ujar Tanti jujur.
Harnina mengeluh kecil. Adakah dia bekerja tidak sebaik dan sebagus Mariam?.
Jika benar, dia tahulah mengapa Rizqi selalu memarahinya. Hatinya sakit bila
sahaja ditempik sedemikian tadi.