Sabtu, 12 November 2016

PENANTIAN ANUGERAH TERINDAH




Syukur Alhamdulillah... 
Tanpa izin dan rahmat dari-NYA, saya mungkin tidak mampu untuk mengejar impian dan cita-cita ini. 

CINTA itu satu anugerah dari Ilahi. Ada insan diuji dengan cinta. Ketawa, menangis, kecewa dan sejuta perasaan yang tak mampu digambarkan dengan perkataan dek kerana cinta.

PENANTIAN ANUGERAH TERINDAH adalah tajuk cerpen saya di dalam buku ini. Garapan perkataan yang saya ilhamkan adalah idea sepintas lalu yang tiada kaitan dengan sesiapa pun. 

Sedikit sahaja saya bawakan untuk anda 

Pak Akob mengeluarkan bekal yang dibawa. Perlahan-lahan bihun goreng disua ke dalam mulut. Terasa sedap masakan menantunya. Dia tersenyum memandang bekalannya hari itu. Semuanya lengkap termasuk air kopi yang diisi dalam termos. Beruntungnya Faiq memiliki Adura. Hampir dua tahun setengah Faiq mendirikan rumah tangga tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Pak Akob senyum lagi. Dalam hati tetap berdoa agar anak dan menantu dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat. 
Puan Suliha menyusul Pak Akob. Di tangan membawa sebilah parang. Dia terus merapati suaminya yang duduk menikmati sarapan.
“Geram betul saya bang.” Jari-jemari laju menyingsing lengan baju. 

“Awak ni kenapa Liha?. Boleh tak mulut awak tu diam sikit.”

Apa??? Tak cukup ke?
Alahai... Anda boleh dapatkan buku ini dengan cara PM di fb saya.
Ada 23 karya di dalam buku ini. Pelbagai rencah rasa yang ada.

p/s : Buku ni limited tau. Jangan cari di kedai buku.

Sabtu, 24 September 2016

ZAEOLA & BUNGA POP









Zaeola & Bunga Pop
Oleh  : Sri Wahyuni

Kapten Mimit memandang serpihan batu yang di bawa oleh Gazier. Puas dia memerhati. Keputusan yang diterima dari lab langsung tidak memberikan kesan yang memberangsangkan. Semuanya kosong. Batu yang kehijau-hijauan itu telah ditemui oleh Zaeola dua bulan lepas. Semuanya berpunca dari bunga pop yang ditanamnya. Bunga itu tiba-tiba memancarkan cahaya terang berwarna hijau dan batu itu berada di awang-awangan. Apa yang diberitahu oleh Professor Mac ianya bukanlah batu biasa.
Anehnya, bila batu itu berada pada Zaeola ianya akan memancarkan cahaya kehijau-hijauan. Tetapi bila batu itu tidak di pegang oleh Zaeola ianya hanya seperti batu biasa sahaja.
"Gazier, esok bawa Zaeola jumpa aku." Gazier hanya mengangguk. Bila Kapten Mimit sudah meminta untuk dia membawa Zaeola menemuinya itu bermaksud ada sesuatu yang penting untuk dibincangkan.
"Ingat! Ini rahsia. Minta Zaeola datang seorang diri."
"Baik kapten. Saya akan cuba beritahu Zaeola."
Gazier menarik zip di bahu kiri dan kanannya. Sepasang sayap terus membawanya pergi dari kediaman rahsia Kapten Mimit. Dia perlu melaksanakan arahan Kapten Mimit tanpa gagal.
*****

Selasa, 16 Ogos 2016

KAU AYAM GILER







KAU AYAM GILER
Oleh : Sri Wahyuni


Telefon bimbit Esma berbunyi. Cepat-cepat di ambilnya. Dalam hati berbunga riang dengan harapan Dean yang menghantar pesanan ringkas di awal pagi. Hari ini dia sudah berjanji dengan abangnya untuk membawakan kuih balung ayam yang sedang di idamkan oleh kakak iparnya. Kalau dia tidak dapat kali ini, bermakna dia kena akur dengan permintaan keluarga untuk menerima lamaran dari kawan baik abangnya yang beriya-iya mahu sehidup semati dengannya. Tiga bulan tempoh yang abangnya berikan sudah hampir ke penghujung. Setelah sekian lama dia cuba mencari, akhirnya dia bertemu juga dengan orang yang tahu membuatnya. Jadi, dia tidak perlu risau dengan lamaran dari Ikmal. Dia yakin abangnya akan kalah dengannya kali ini.

🐔🐔🐔
‘Aik! Ni siapa pula hantar whatsapp ikon ayam aje?,’ desis hati kecilnya. Nombor si penghantar langsung tiada dalam simpanannya.